DASAR PORTAL


Pengesahan berkaitan penafian, polisi penggunaan maklumat digital yang terkandung serta polisi maklumat digital yang dipaparkan di dalam Portal Rasmi Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu yang harus diketahui oleh pengunjung.

 

PENAFIAN.
Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerugian yang dialami oleh pengguna disebabkan penggunaan maklumat yang diperolehi dari portal ini.

 

NOTIS HAK CIPTA.
Hak cipta Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu dan kandungannya yang termasuk maklumat, teks, imej, grafik, fail suara, fail video dan susunannya serta bahan-bahannya ialah kepunyaan Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu kecuali dinyatakan sebaliknya. Tiada mana-mana bahagian laman web ini boleh diubah, disalin, diedar, dihantar semula, disiarkan, dipamerkan, diterbitkan, dilesenkan, dipindah, dijual atau diuruskan bagi tujuan komersial dalam apa bentuk sekalipun tanpa mendapat kebenaran secara bertulis yang jelas terlebih dahulu daripada Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu.

 

DASAR PRIVASI.
Privasi Anda,
Halaman ini menerangkan dasar privasi yang merangkumi penggunaan dan perlindungan maklumat yang dikemukakan oleh pengunjung. Sekiranya anda membuat transaksi atau menghantar e-mel yang mengandungi maklumat peribadi, maklumat ini mungkin akan dikongsi bersama dengan agensi awam lain untuk membantu penyediaan perkhidmatan yang lebih berkesan dan efektif. Contohnya seperti di dalam menyelesaikan aduan yang memerlukan maklum balas dari agensi-agensi lain.

 

Maklumat yang Dikumpul,
Tiada maklumat peribadi akan dikumpul semasa anda melayari portal ini kecuali maklumat yang dikemukakan oleh anda melalui e-mel.

 

Penggunaan Kuki (Cookies),
Portal ini menghasilkan kuki, yang dikumpulkan oleh pelayar portal/laman web bagi membolehkan ia mengenali anda untuk kunjungan yang berikutnya. Kuki ini tidak menyimpan data anda secara kekal dan ia juga tidak disimpan di dalam cakera keras komputer anda. Kuki akan dipadamkan sebaik sahaja anda menutup pelayar anda.

 

Pautan kepada Portal / Laman Web yang Lain,
Portal ini mempunyai pautan ke portal / laman web agensi Kerajaan dan agensi bukan Kerajaan yang lain. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk portal ini sahaja. Perlu diingatkan bahawa portal / laman web yang terdapat dalam pautan mungkin mempunyai dasar privasi yang berbeza dan pengunjung dinasihatkan supaya meneliti dan memahami dasar privasi bagi setiap portal / laman web yang dilayari.

 

Pindaan Dasar,
Sekiranya dasar privasi ini dipinda, pindaan akan dikemas kini di halaman ini. Dengan sering melayari halaman ini, anda akan dikemas kini dengan maklumat yang dikumpul, cara ia digunakan dan dalam keadaan tertentu, bagaimana maklumat dikongsi bersama pihak yang lain.

 

DASAR KESELAMATAN.
Perlindungan Data,
Teknologi terkini termasuk perisian penyulitan data digunakan untuk melindungi data yang dikemukakan dan pematuhan kepada standard keselamatan yang ketat adalah terpakai untuk menghalang capaian yang tidak dibenarkan.

 

Keselamatan Storan,
Semua storan elektronik dan penghantaran data peribadi akan dilindungi dan disimpan dengan menggunakan teknologi keselamatan yang sesuai.

 

Terakhir dikemaskini pada 01 Julai 2023.