INFO KURSUS

 

Tempoh Kursus:
Bergantung kepada jenis kursus yang ditawarkan oleh pihak Kolej Komuniti Sarikei Cawangan Sibu, Sarawak.

 
Kaedah Pembelajaran:
Pembelajaran kursus pendek adalah berpandukan konsep 'hands-on' di mana peserta mempunyai peluang untuk menjalankan kursus secara praktikal mengikut bidang kursus. Kebanyakkan kursus ini dilakukan di luar waktu bekerja.

Kursus pendek ini juga dilaksanakan secara atas talian (online) dengan menggunakan aplikasi yang bersesuaian seperti Google Meet, Cisco Webex, Microsoft Teams, Zoom dan sebagainya.

 
Tempat Kursus:
Tempat kursus bergantung kepada kesesuaian kursus samada di Kolej Komuniti Cawangan Sibu atau mana-mana premis luar yang disyorkan atau dipersetujui bersama.

 
Permohonan:
Permohonan boleh dibuat melalui kolej yang menawarkan kursus pendek sama ada secara individu atau berkumpulan. Permohonan secara berkumpulan adalah digalakkan dengan menulis surat beserta senarai nama peserta atau berhubung terus dengan penyelaras kursus pendek. Permohonan juga boleh dibuat secara atas talian di portal ePSH.


Pensijilan:
Peserta kursus pendek akan diberikan Sijil Penyertaan setelah berjaya menamatkan tempoh kursus dengan jayanya.